ARTIKEL

Cuba sekali lagi bergelap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CUBA dilanda gangguan bekalan elektrik buat kali ketiga dalam tempoh sekitar seminggu pada Selasa, menurut Kesatuan Elektrik Negara, lapor Xinhua.

Menurut kesatuan itu dalam satu kenyataan di media sosial, sistem kuasa negara itu mengalami gangguan total jam 11.05 pagi waktu tempatan (1505 GMT).

Cuba melaporkan elektrik terjejas di seluruh negara pada 6 Julai dan 10 Julai, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Elektrik Negara.

Terjejas oleh sekatan Amerika Syarikat, Cuba telah lama bergelut untuk mengimport bahan api dan peralatan yang diperlukan untuk membaiki loji jana kuasa yang semakin usang, menyebabkan bekalan elektrik negara itu mengalami tekanan.

Sejak Oktober 2024, Cuba telah mengalami beberapa gangguan bekalan elektrik di seluruh negara akibat kegagalan kemudahan kuasa, taufan dan faktor lain. – Bernama-Xinhua 

BERITA LAIN

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i