KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 2,760 unit rokok elektronik dan 1,200 kartrij cecair vape bernilai RM396,000 yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand.
Seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun turut ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kok Pauh, Pengkalan Kubor.
Siasatan mendapati barangan itu dipercayai dibawa masuk dari Kuala Lumpur sebelum diseludup ke negara jiran melalui laluan tidak sah.
Menurut Bernama, dalam operasi berasingan, PGA menahan dua lelaki dan merampas 312 bungkusan air ketum bernilai RM23,220 di Pasir Mas.
PGA turut merampas 11 kilogram ganja bernilai RM33,000 serta membongkar aktiviti pemprosesan kayu tidak bercukai di Terengganu dengan nilai rampasan mencecah RM1.27 juta.

