ARTIKEL

TAHAN…Seorang buruh binaan warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, semalam.

Cubaan Sorok Dadah Gagal, Buruh Binaan Ditahan di Selangau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang buruh binaan warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi satu serbuan di tepi Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu, Selangau, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 31 tahun ditangkap oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, kira-kira jam 3 petang.

“Pemeriksaan yang dijalankan menemukan satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal yang dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dalam simpanan suspek.

“Anggaran berat dadah yang dirampas adalah 0.41 gram dengan nilai sekitar RM110,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati keputusan positif bagi dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta direman selama empat hari sehingga 27 Disember ini bagi melengkapkan siasatan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa IPD Mukah komited dalam usaha membanteras segala bentuk aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh menghubungi talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU