ARTIKEL

CUEPACS sokong keputusan Premier tidak beri bantuan khas perayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) terima dan menyokong keputusan Premier Sarawak untuk tidak memberikan pemberian bantuan khas bagi musim perayaan.

Pengerusi CUEPACS Sarawak Jubilee Jineh berkata, negeri ini memiliki pelbagai perayaan yang harus disambut seperti Tahun Baru Cina, Hari Gawai Dayak dan sebagainya.

“Justeru, CUEPACS berharap supaya kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam pada hujung tahun selain untuk sambutan perayaan.

“Sekali gus meringankan beban ibu bapa membuat persiapan untuk sesi persekolahan anak-anak,” katanya pada Sabtu.

Sehubungan itu, CUEPACS turut meluahkan harapan agar kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam untuk penghujung tahun ini.

Katanya, besar harapan agar penjawat awam terus diberikan insentif khas kewangan dari tahun ke tahun.

“Saya merayu kepada pemimpin Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar dapat mempertimbangkan penambahan jumlah sedia ada iaitu dari RM500 kepada RM600.

“Sehubungan itu, saya ingin menyeru semua penjawat awam di negeri ini agar terus menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, telus dan berintergriti untuk mencapai hasrat negeri maju menjelang tahun 2030,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU