KUCHING: Seorang penganggur wanita dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini kerana mencuri dua beg di sebuah pusat beli belah terkemuka Khamis lalu.
Nur, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Abdurrahman Abrar Jarni.
Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah kedai pusat beli belah di sini sekitar jam 7.20 petang 6 November lalu.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Berdasarkan fakta kes pada hari kejadian, pengadu pekerja kedai berkenaan melihat tertuduh berada di bahagian mainan mengambil sesuatu.
Tertuduh dilihat mengambil sesuatu lalu menyimpannya di dalam baju.
Kemudian pengadu membuat semakan pada rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan mendapati tertuduh menyimpan beg merah jambu di dalam bajunya.
Susulan itu tertuduh ditahan oleh pengadu di pintu belakang dan pemeriksaan mendapati dua beg telah diambilnya.
Laporan polis dibuat dan hasil siasatan mendedahkan dua beg bernilai RM81.80 itu diambil tertuduh tanpa membuat sebarang pembayaran.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pelabur China Berminat Bawa Pelaburan Aluminium Berskala Besar Ke Sarawak – Ahmad Zahid
BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelabur China menunjukkan minat untuk membawa pelaburan berskala besar dalam sektor pengeluaran aluminium ke

