Trending

Curi motosikal, remaja 15 tahun dihantar ke Sekolah Hendry Gurney

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney Puncak Borneo selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri sebuah motosikal.

Majistret Zaiton Anuar memerintahkan pesalah muda berusia 15 tahun itu selepas pendengaran laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah bangunan di Jalan Haji Taha, kira-kira jam 11.30 pagi, 7 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru