ARTIKEL

Gambar Hiasan

Curi televisyen bernilai RM1,500, lelaki didenda RM4,000 atau penjara 10 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dikenakan hukuman denda RM4,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memiliki harta curi sebuah televisyen bersaiz 50 inci.

Khaldum Abdullah, 27, dari Kampung Tabuan, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Ia dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun yang sama di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah, Taman Stutong Jaya, kira-kira jam 8.40 malam, 5 November lepas.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 6 November lalu, pengadu lelaki dihubungi bapa saudaranya bahawa rumah mangsa di Taman Stutong Jaya telah dipecah masuk oleh orang.

Pengadu terus pulang ke rumah bapa saudaranya dan mendapati seunit televisyen jenama Samsung bersaiz 50 inci telah hilang.

Anggaran kerugian dialami pengadu sekitar RM1,500.

Laporan polis dibuat oleh pengadu, seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 6 November lepas di Kampung Tabuan Melayu.

Hasil siasatan mendedahkan tertuduh dan rakan sejenayahnya yang masih bebas telah memiliki barang tersebut.

Ia telah dijual kepada orang lain dengan harga RM290.

Selain itu, hasil jualan juga dibahagi sama rata dengan rakan sejenayahnya yang telah melarikan diri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU