ARTIKEL

Kariah memenuhi ruang Masjid Ar Rahmah Sarikei dalam program Pejuang Subuh anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ar Rahmah Kampung Seberang Sarikei.

Dah macam solat Jumaat!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Macam solat Jumaat. Itu gambaran suasana sambutan luar biasa penduduk terhadap program Pejuang Subuh anjuran Masjid Ar Rahmah, Kampung Seberang di sini, pagi tadi.

Lebih menggembirakan apabila sebahagian besar jemaah yang hadir terdiri dalam kalangan anak-anak muda sekali gus menambah seri program bermula pada jam 4.30 pagi itu.

Pengerusi Masjid Ar Rahmah Enon Bujang berkata, program mendapat kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Harakah Islamiah (Hikmah) Sarikei.

“Saya tidak menyangka program mendapat sambutan apabila kariah memenuhi ruang atas dan bawah masjid berkenaan apatah lagi ketika waktu solat Subuh yang kebiasaan kariahnya tidak ramai.

“Walaupun pertama kali dianjurkan, sambutannya di luar dugaan. Saya mengucapkan rasa syukur atas respons yang diberikan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Beliau berkata, program dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan kemudiannya disusuli kuliah subuh yang disampaikan oleh penceramah, Ustaz Abdul Wafi Suaidi.

Sejurus selesai katanya, kariah mengikuti sesi sarapan beramai-ramai di masjid yang boleh memuatkan sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu.

“Program pengimarahan dengan pengisian kerohanian dan ilmu ini merupakan salah satu pendekatan mengajak umat Islam untuk bersama-sama menuju ke arah kebaikan, sekali gus merebut ganjaran pahala yang besar,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU