ARTIKEL

LANCAR... Jaimi (kiri) menyerahkan jawatan Ketua Polis Daerah Samarahan kepada Damataries (kanan), disaksikan oleh Mancha (tengah).

Damataries Lautin dilantik Ketua Polis Daerah Samarahan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Superintendan Damataries Lautin sah menjadi Ketua Polis Daerah Kota Samarahan yang baharu, menggantikan Deputi Superintendan Jaimi Husin.

Majlis serah terima tugas telah berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan, dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata.

Dalam ucapan perasmiannya, Mancha menyeru agar penyerahan jawatan ini bukan sekadar simbolik, tetapi sebagai komitmen dan dedikasi dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.

“Saya percaya pegawai-pegawai yang dilantik mempunyai kebolehan sendiri yang boleh membawa perubahan positif kepada pasukan dalam menjadikan PDRM badan penguatkuasa terulung di Malaysia,” tegas Mancha.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Jaimi, yang telah memegang jawatan KPD Samarahan sejak 4 Mac lalu, iaitu genap 12 bulan 13 hari.

“Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Jaimi kerana sangat cemerlang dan penuh dedikasi dalam memastikan segala urus tadbir di IPD Kota Samarahan lancar dan selamat.

“Komitmen dan nilai tanggungjawab yang dipamerkan oleh Tuan sentiasa mendapat pujian ikhlas daripada warga IPD Kota Samarahan,” katanya.

Menurutnya, perpindahan Damataries menyaksikan perubahan IPD Samarahan dari kategori C ke kategori B.

Sementara itu, Jaimi akan ditempatkan ke IPD Serian sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Serian.
Terdahulu, Damataries memegang jawatan KPD Lundu sebelum dinaikkan pangkat menjadi Superintendan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU