ARTIKEL

Penyerahan dana peruntukan untuk menaik taraf sekolah

Dana berjumlah RM177,692 disalurkan kepada SK Song Kheng Hai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah RM177,692 dana disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Song Kheng Hai bagi tujuan menaik taraf infrastruktur sekolah tersebut.

Ahli Parlimen Bandar Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, beberapa infrastruktur sekolah sudah lapuk serta uzur dan memerlukan naik taraf segera untuk memastikan murid-murid dapat belajar dalam persekitraran selesa.

“Peruntukan tersebut akan digunakan sebagai pemasangan bumbung untuk menyambung Blok B dengan Blok Makmal Komputer serta meratakan lantai kedua-dua blok tersebut.

“Peruntukan tersebut juga adalah untuk membaik pulih siling kantin sekolah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan peruntukan kepada PIBG SK Song Kheng Hai di sini semalam.

Tambahnya, penambahbaikan di sekolah tersebut perlu dilakukan segera bagi menjamin keselamatan pelajar di sekolah.

SK Song Kheng Hai telah beroperasi selama 57 tahun dan sekolah tersebut terletak di sekitar bandar Kuching.

Sekolah tersebut ditubuhkan pada tahun 1966 dan nama Song Kheng Hai diambil daripada nama bapa Pengerusi Majlis Perbandaran Kuching ketika itu iaitu Song Thian Cheok, yang juga merupakan pengasas sekolah ini.

Sekolah tersebut unik kerana mempunyai pelajar serta kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan India.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU