ARTIKEL

Nancy menerima sijil penghargaan daripada penganjur program.

Dana RM550,000 buka peluang baharu kepada usahawan wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebelas usahawan wanita Sarawak menerima RM550,000 geran kepimpinan bagi tahun 2025 selepas berjaya membuktikan potensi perniagaan melalui proses pitching, sekali gus bersedia mengembangkan usaha perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata setiap penerima memperoleh RM50,000 selepas berjaya menyakinkan panel kebangsaan tentang keupayaan dan hala tuju perniagaan masing-masing.

Nancy merakam kenangan bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng serta usahawan wanita yang hadir dalam majlis tersebut.

“Proses itu bagi memastikan dana disalurkan kepada usahawan wanita yang menunjukkan bakat, disiplin dan kapasiti yang jelas untuk berkembang maju.

“Ini bermaksud mereka mempunyai semua bakat dan kebolehan untuk menyakinkan ahli panel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Asas Kepimpinan Lestari (ESG) Usahawati Sarawak di sini, hari ini.

Tambah beliau, ramai wanita mempunyai produk dan idea yang kukuh namun kekurangan akses kepada modal awal.

Jelasnya, pemberian geran itu bertujuan merapatkan jurang tersebut sambil menguji kepimpinan serta mempersiapkan mereka memikul tanggungjawab lebih besar.

Ujarnya, inisiatif national itu bermula pada 2024 selepas beliau sendiri memohon RM5 juta daripada Perdana Menteri.

“Hanya 25 usahawan wanita terpilih pada tahun pertama sebelum program diperluaskan kepada 100 peserta di seluruh negara tahun ini.

“Wakil dari Sarawak sentiasa menunjukkan keyakinan yang semakin tinggi dalam ekosistem perniagaan kecil negeri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata usaha niaga wanita kini semakin dikaitkan dengan kemampanan, nilai komuniti dan perancangan perniagaan jangka panjang.
Beliau menekankan penggunaan ESG (alam sekitar, sosial, tadbir urus) dalam perniagaan tidak semestinya memerlukan pelaburan besar.

“Sebaliknya, amalan perniagaan bertanggungjawab boleh bermula dengan keputusan harian seperti mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, menguruskan sisa dengan cekap, menjimatkan tenaga atau memilih sumber beretika.

“Kepimpinan adalah kemampanan. Ia bermula kecil tetapi berkembang dengan cepat apabila wanita memimpin,” katanya.

Nancy turut menggalakkan peserta mengukuhkan rangkaian, bekerjasama rapat dengan mentor serta berkongsi idea praktikal bagi meningkatkan kualiti produk, penjenamaan dan prestasi operasi.

Beliau berkata kerjasama sering menjadi pemangkin kepada usaha niaga baharu dan peluang pasaran.

Beliau juga menggesa pemimpin perniagaan mengenal pasti bakat yang belum diterokai di sekeliling mereka.

“Kadang-kadang jika anda tidak memberi peluang, mereka tidak akan menyedarinya. Namun mereka mempunyai bakat dalam diri mereka.

“Saya berharap penerima dari Sarawak menggunakan geran itu untuk mengukuhkan asas perniagaan dan meningkatkan komuniti mereka,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU