ARTIKEL

Joshua Ting (tengah) mewakili Tiong King Sing menyempurnakan Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun Kedua Rumah Hospis Kanak-Kanak Malaysia di Sibu. | Foto UKAS

Dana semakin susut, Rumah Hospis Kanak-kanak Sibu perlukan bantuan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kekangan dana kini mengancam operasi Rumah Hospis Kanak-Kanak Malaysia di Sibu, yang menjadi tempat bergantung keluarga tempatan bagi mendapatkan sokongan dan penjagaan paliatif untuk anak-anak menghidap penyakit kronik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata situasi ini menunjukkan keperluan mendesak memperkukuh perkhidmatan penjagaan paliatif pediatrik di kawasan berkenaan.

“Permintaan terhadap penjagaan paliatif pediatrik terus meningkat.

Di Malaysia, hampir 80,000 kanak-kanak memerlukan perkhidmatan ini setiap tahun,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Joshua Ting Fu Yung, pada Majlis Makan Malam Amal Ulang Tahun Kedua Rumah Hospis Kanak-Kanak Malaysia, semalam.

Menurut beliau, hospis bukan sahaja menyediakan rawatan perubatan dan kejururawatan, tetapi juga sokongan emosi, psikologi dan kerohanian kepada kanak-kanak serta keluarga mereka.

“Usaha ini mencerminkan nilai belas kasihan dan perpaduan masyarakat,” ujarnya.

Kini, operasi hospis dijalankan hanya oleh seorang jururawat sepenuh masa yang perlu melakukan 30 hingga 40 lawatan rumah setiap bulan, menjaga kira-kira 20 kanak-kanak di sekitar Sibu.

Hasil kutipan dana daripada majlis itu akan digunakan bagi menampung kos operasi dan memastikan tiada kanak-kanak yang terbiar tanpa penjagaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU