Dataran rendah di Baram tenggelam

Hujan lebat yang turun semalam telah menenggelamkan kawasan dataran rendah di Baram.

Antara yang teruk terjejas ialah dua sekolah rendah di Long Atip dan Long Lenei.

Menurut  Ketua Bomba dan Penyelamat (Bomba) zon 6 Miri, Law Poh Kiong, ketika ini paras air tinggi dan paras banjir meningkat.

“Namun, tiada arahan evakuasi kerana pelajar dari dua sekolah ini berada di rumah masing-masing,” kata Law.

Setakat jam 7.30 pagi ini, SK Long Atip mencatat paras air setinggi satu meter, sementara SK Long Lenei naik antara 5cm hingga 15cm pada jam 7.05 pagi.

Sehingga jam 9 pagi hari ini, hujan lebat tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti.

SK Long Atip.