ARTIKEL

DBKU anjur program berbasikal penuh inspirasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), dengan kerjasama PCP Publications dari Kuala Lumpur serta sokongan Taiwan Tourism Administration, bakal menganjurkan program berbasikal bertemakan “Taiwan Cycling Fun Share” sempena Kuching Car Free Morning di Padang Merdeka, Kuching.

Menurut kenyataan DBKU, program berkenaan akan menampilkan ikon berbasikal kelahiran Kuching, Matt Moss, yang kini menetap di Taiwan sejak lima tahun lalu.

“Beliau merupakan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaiannya dalam siri kayuhan di Taiwan serta penulis buku motivasi ‘Beat Your Limits, Achieve Your Dreams’.”

“Kehadiran beliau dijangka memberi inspirasi kepada peserta melalui perkongsian pengalaman luar biasa dalam dunia berbasikal,” katanya.

Para peserta juga berpeluang menebus hadiah istimewa (goodies) dan menyertai cabutan bertuah, semuanya secara percuma berdasarkan konsep “siapa cepat, dia dapat”.

Tarikh tutup pendaftaran ialah 16 Oktober, jam 11.59 pagi. Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat melalui pautan: https://forms.gle/t1RDdhQ7vLBEgw3S7

Semua warga Kuching serta peminat sukan berbasikal dijemput hadir beramai-ramai untuk menikmati pengalaman yang sihat, menyeronokkan, dan penuh inspirasi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PCP Publications melalui WhatsApp di talian 016-715 1703.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU