ARTIKEL

DBKU tawar peluang jawatan pentadbiran, gaji hingga RM6,620

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mempelawa Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak untuk mengisi jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N5.

Jawatan ini ditawarkan secara kontrak kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Permohonan dibuka sehingga 22 Januari 2025.

Jawatan ini termasuk dalam kumpulan perkhidmatan Pelaksana dan diklasifikasikan di bawah kategori Pentadbiran dan Sokongan.

Pemohon mesti berumur sekurang-kurangnya 23 tahun, memiliki kelayakan seperti STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, atau Diploma diiktiraf, serta memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelayakan setaraf.

Antara tanggungjawab jawatan termasuk menguruskan pentadbiran pejabat, menjadi urusetia mesyuarat, menguruskan kewangan serta penyediaan bajet, melaksanakan perolehan bekalan, dan mengaturkan majlis rasmi.

Permohonan hendaklah dihantar secara bertulis dengan menyertakan resume, salinan sijil-sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran pasport, dan butiran peribadi termasuk nombor telefon.

Permohonan perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBKU, di Petra Jaya, Kuching.

Pemohon hanya akan dipanggil untuk ujian dan temuduga selepas tapisan.

Permohonan yang lewat, tidak lengkap, atau tidak memenuhi syarat akan ditolak.

Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh enam bulan selepas tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU