ARTIKEL

Dejavu jaguh e-sukan, akan wakili Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASUKAN Dejavu akan mewakili Sarawak ke kejohanan terpilih pada tahun ini setelah dinobatkan juara dalam pertandingan ‘MYSS Youth Stay At Home E-Sport Xtive Challange’ secara dalam talian selama empat minggu.
Pasukan dari Bahagian Miri itu diwakili empat pemain iaitu Ron Bakat, Hillary Yong Wan Tech, Macmolan Travis Piter dan Dylan Muluk Stephen berjaya membawa pulang habuan RM1,000.
Presiden Persatuan Elektronik Sarawak (Sesa) Afiq Fadhli Narawi berkata, johan pertandingan akan mewakili Sarawak ke kejohanan yang terpilih pada tahun ini.
“Saya berharap peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman bermain di luar negeri dan terus konsisten dalam meningkatkan prestasi permainan.
“Selain itu, peluang tersebut dapat memberi pendedahan supaya mereka dapat pergi jauh dalam bidang sukan elektronik,” katanya.
Manakala, tempat kedua dimenangi oleh pasukan Star Squad yang berjaya membawa wang tunai sebanyak RM800.
Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Oog Esports dan C9 Sarawak. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM600 dan RM500.
Kejohanan bersempena sambutan Hari Belia Sarawak itu mendapat penyertaan seramai 1,200 orang belia daripada 240 pasukan.
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sarawak dan Sesa yang bermula sejak 4 Disember lalu telah berakhir 27 Disember lepas menyaksikan sepuluh pasukan berentap dalam aksi akhir.

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU