TULAR di media sosial sajian tanghulu — manisan terkenal masyarakat Cina yang hanya memerlukan tiga bahan dan mudah dihidangkan.
Ramai pempengaruh media sosial berkongsi cara penyediaan dan makan tanghulu sebagai kandungan video.
Tanghulu hanya memerlukan buah-buahan, gula dan air sebagai bahan utama.
Pemilihan buah mengikut cita rasa masing-masing, tetapi ramai yang menyarankan untuk menggunakan buah yang mempunyai tekstur rasa sedikit masam seperti strawberi dan anggur.
Ia sebagai gandingan rasa manis gula yang menyaluti buah tersebut.
Tip untuk penyediaan tanghulu, gula tersebut harus dimasak sehingga kelihatan pekat sekitar 15 hingga 20 minit sebelum sedia untuk menyaluti buah.
Sediakan air sejuk untuk merendam buah yang telah disaluti sirap gula tersebut sebelum sedia untuk dihidangkan.






