ARTIKEL

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: UKAS

Detik bersejarah Sarawak-MASwings dijadual berlangsung 12 Februari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dijadual akan memiliki sepenuhnya syarikat penerbangan milik Malaysia Aviation Group (MAG), MASwings, pada 12 Februari ini, dedah Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu yakin tarikh tersebut akan menjadi salah satu titik bersejarah buat Sarawak.

Beliau sambil itu menegaskan, peristiwa bersejarah titu akan menjadi salah satu pencapaian terbesar Sarawak, sekali gus mengukuhkan sektor penerbangan negeri yang akan diperluaskan rangkaian hubungan domestik dan antarabangsa.

“Saya percaya pada 12 Februari ini akan ada perhubungan baharu yang berlaku, dan pulangan itu adalah satu peristiwa baharu dalam sejarah.

“Saya sangat teruja kerana Sarawak merupakan satu pulau. Satu-satunya jalan untuk mencapai ke sini adalah melalui laut atau air.

“Jadi sekiranya kita mempunyai penerbangan sendiri, kita boleh memutuskan arah tujuan yang kita mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada satu majlis makan malam di Hotel Margherita pada Jumaat.

Menurut Abdul Karim, setelah Perjanjian Jual Beli (SPA) ditandatangani, sebarang rancangan untuk menambah baik penerbangan itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Untuk membangunkan sebuah syarikat penerbangan, sememangnya memerlukan masa dan perancangan teliti, dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa singkat.

“Setakat ini, ASwings hanya mempunyai beberapa pesawat, namun selepas pengambilalihan ini, kita menjangkakan perubahan besar, termasuk kemungkinan penjenamaan semula syarikat, dan semua ini akan ditentukan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Sebelum ini, Abang Johari ada memberitahu bahawa rundingan pengambilalihan MASwings telah dimuktamadkan, dan majlis menandatangani SPA antara Kerajaan Sarawak dengan MAG dijangka berlangsung pada bulan ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU