ARTIKEL

Di Mana Ganda? Hanya Bertuala Sebelum Ghaib Di Hutan Limbang!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampiran kediamannya di sini sejak Ahad lalu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa berusia 56 tahun itu pada jam 10.30 malam.

“Mangsa dipercayai keluar dari rumah dan sehingga kini masih gagal dikesan meskipun usaha mencari telah dilakukan oleh pihak keluarga.

“Mangsa yang dikenali sebagai Ganda Sandin dilaporkan hanya berselimutkan tuala dan memakai baju yang tidak dapat dipastikan warnanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan dengan kekuatan anggota yang dipecahkan kepada dua kumpulan pencarian.

Kumpulan pertama melakukan pencarian bermula dari kawasan hutan di belakang penempatan setinggan menghala ke arah hutan di belakang Klinik Kesihatan Mendamit.

Kumpulan kedua pula memulakan pencarian dari radius yang sama namun memfokuskan laluan terus ke arah klinik berkenaan.

Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa ditangguhkan pada jam 4.45 petang atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan dan mangsa masih belum ditemui.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan