ARTIKEL

Diana Danielle

Diana Danielle kembali dengan single ‘Raja Dusta’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Setelah dua tahun menyepi tanpa lagu baharu, penyanyi dan pelakon Diana Danielle kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan lagu mengisahkan keberanian  dan kebebasan buat mereka yang pernah terperangkap dalam hubungan “toksik”.

Penyanyi berusia 34 tahun itu berkata single berjudul Raja Dusta menampilkan irama rancak dan lirik berbaur sindiran nakal sebagai cerminan kepada kekuatan wanita yang sering terperangkap dalam budaya misoginis (lelaki membenci wanita), menjadikan mereka mangsa penderitaan secara senyap. 

“Lagu ini mewakili apa yang ramai wanita alami dalam perhubungan seperti janji palsu, harapan dimanipulasi dan akhirnya keberanian untuk bebaskan diri,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Universal Music Malaysia semalam.

Walaupun lirik lagu tersebut dibawakan daripada perspektif seorang wanita, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata karya berkenaan tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik dan menekankan mesej lagu bersifat universal. 

“Saya mahu pendengar menikmati lagu ini tanpa rasa benci.

Ia mengenai keberanian dan kebebasan membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri.

Kita semua pernah berada dalam hubungan yang berat sebelah.

Jadi, lagu ini peringatan supaya jangan tertipu dengan kata-kata manis jika perbuatan tidak seiring,” katanya.

Kata Diana, sesi rakaman berlangsung dengan penuh keseronokan walaupun pertama kali buatnya  bekerjasama dengan penerbit John Jeeves.

“Saya agak kekok pada mulanya sebab sudah dua tahun tidak muncul dengan lagu baharu.

Keyakinan sedikit goyah, tetapi semua orang di sekeliling menyokong dan buat saya selesa.

Saya harap ini menjadi permulaan baik untuk kembali aktif dalam bidang muzik.

“Saya ulang banyak kali perkataan ‘seronok’ sebab memang itulah yang saya rasa!

Walaupun mencabar dan di luar zon selesa saya, saya tahu saya perlu biasakan diri dengan rentak ini,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU