ARTIKEL

Prof Madya Dr Sopian Bujang bersama Alice Lee serta tetamu yang lain merakamkan kenangan ketika Majlis Penyampaian Hadiah bagi menutup Program Pendidikan Pengasingan dan Kitar Semula Sisa Pepejal, di Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, di sini, hari ini.

Didik generasi muda kepentingan pengurusan sisa yang mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengambil inisiatif proaktif dengan menganjurkan Program Pengasingan Sisa Pepejal, bertujuan mendidik generasi muda mengenai kepentingan pengurusan sisa yang mampan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Majlis, MPP, Prof Madya Dr Sopian Bujang berkata, program ini yang menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah, mampu meningkatkan kesedaran tentang bahaya pembuangan sisa pepejal secara tidak terkawal, yang memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.

“Pembuangan sisa pepejal seperti plastik, bahan aluminium, dan lain-lain secara haram di tepi jalan dan kawasan pembuangan sampah haram boleh menyebabkan tempat pembiakan nyamuk dan haiwan yang boleh membawa penyakit.

“Melalui program ini, kita dapat menggalakkan budaya kitar semula dalam kalangan para pelajar dan komuniti sekolah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah bagi menutup Program Pendidikan Pengasingan dan Kitar Semula Sisa Pepejal, di Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching, di sini, hari ini.

Beliau juga menekankan bahawa pendidikan alam sekitar merupakan tunjang utama dalam agenda majlis tersebut bagi memupuk kesedaran sekali gus menggalakkan amalan lestari dalam kalangan komuniti di kawasan Padawan.

“Pendidikan adalah pemangkin utama untuk perubahan jangka panjang. Usaha mengintegrasikan kesedaran alam sekitar ke dalam kurikulum sekolah dan aktiviti harian melalui program seperti ini merupakan langkah yang signifikan.

“Ia akan membantu membina masa depan di mana kelestarian menjadi cara hidup untuk semua,” katanya lagi.

Program selama enam bulan ini melibatkan para pelajar dan guru melalui pelbagai aktiviti pendidikan dan interaktif seperti ceramah kesedaran alam sekitar ‘Wise Up to Waste’, pertandingan mewarna dan pertandingan pengumpulan barangan kitar semula antara kelas.

Selain itu, pertandingan mengitar semula tekstil ‘Make Me New’, permainan ‘Amazing Green Race’, serta pertandingan video bertemakan kelestarian alam sekitar.

Setiap aktiviti ini direka bagi memastikan semua mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar serta kreativiti dalam menguruskan sisa buangan secara lestari.

Sebagai contoh, pertandingan mengitar semula tekstil menggalakkan peserta untuk menukar tekstil terbuang menjadi produk baru, seperti beg galas.

Ia dapat memberikan nilai tambah kepada kehidupan harian sambil mempromosikan kelestarian dan penggunaan bertanggungjawab.

Majlis ini turut meraikan para pemenang dari pelbagai pertandingan dari sekolah lain untuk menerima hadiah menarik dan sijil penghargaan.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian termasuklah SK Matang Jaya, SK Taba Sait, SJK Chung Hua Pangkalan Batu, SK St. Francis Xavier, SK Garland, SJK (C) Chung Hua Stapok, SJK Chung Hua Batu 4½, SK St. Augustine Mambong, SM Sains Kuching, dan SMK Matang Hilir.

BERITA LAIN

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The

BERITA TERBARU

Fokus keperluan pendidikan luar bandar, kebajikan guru

JULAU: Sebanyak RM50,000 disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2 bagi membolehkan pihak sekolah mendapatkan televisyen pintar (Smart TV) bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The