ARTIKEL

Sebastian merakam kenangan bersama-sam kakitangan Petronas dan nelayan yang menerima bantuan jaket keselamatan.

Didik komuniti nelayan tentang bahaya, langkah keselamatan di kawasan perairan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Komuniti nelayan perlu diberi didikan tentang bahaya dan langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti perikanan di kawasan perairan.

Sebastian membantu memasangkan jaket keselamatan sumbangan Petronas kepada golongan nelayan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, didikan tersebut penting demi mengurangkan risiko kemalangan semasa melakukan sebarang aktiviti di kawasan perairan.

“Saya justeru memuji penganjuran Program ‘Juh Ngopi bersama Nelayan’ anjuran Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) ini yang bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dalam kalangan komuniti nelayan di kawasan pesisir pantai.

“Di samping itu, saya juga menyambut baik agihan jaket keselamatan kepada para nelayan yang terlibat serta pemasangan papan tanda keselamatan di Jeti Luak dan Pasar Ikan Kuala Bakam, sebagai langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan semasa di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Memacu Kehidupan: Juh Ngopi bersama Nelayan di Dewan Serbaguna Kampung Luak, hari ini.

Dalam pada itu, Sebastian juga menggalak nelayan yang belum menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri untuk segera mendaftar memandangkan pelbagai manfaat yang disediakan untuk persatuan berkenaan.

Menjelas lanjut, beliau berkata PNK menyediakan bantuan kewangan untuk pendidikan anak-anak, bantuan kematian dan bantuan perubatan.

Pada masa sama, beliau turut menggesa komuniti nelayan memanfaat kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk Pasar Nelayan Badger yang masih mempunyai banyak kekosongan bagi kegunaan golongan berkenaan menjana pendapatan tambahan.

Sementara itu, Pengurus Besar Petronas Carigali Sdn Bhd-Sarawak Asset, Zubaidi Abang Zamhari berkata, program yang diadakan itu merupakan usahasama Petronas, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) dan PNK.

“Ia bertujuan mengerat silaturahim antara agensi dengan komuniti nelayan di samping meningkatkan kesedaran dan pendedahan berkaitan kaedah mencari dan menyelamat (SAR) dan bahaya pencerobohan dalam 500-meter radius keselamatan di sekitar operasi luar pesisir pantai.

“Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa pemain industri minyak dan gas (O&G) di Sarawak menitikberatkan faktor keselamatan segala aktiviti perikanan berhampiran kawasan operasi kami,” jelasnya.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali