ARTIKEL

Didik murid jaga kebersihan tandas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerusi Bahagian Kesihatan Persekitaran menganjurkan Sambutan Hari Tandas Sedunia 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya, Kuching, pada 19 November lalu bagi meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan kebersihan dan sanitasi.

Program bertemakan ‘Tandas Bersih, Anak Sihat, Komuniti Sejahtera’ itu memberi penekanan amalan penggunaan tandas secara berhemah serta tanggungjawab menjaga kebersihan kemudahan sanitasi demi kesihatan dan kesejahteraan bersama.

Pelbagai aktiviti berteraskan pendidikan dan kreativiti turut diadakan bagi memupuk kesedaran mengenai kepentingan mencuci tangan, menjimatkan penggunaan air serta menjaga kemudahan tandas awam.

Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti (COS) DBKU, Rudzaimeir Malek berkata, penganjuran program seumpama itu penting dalam membentuk kesedaran mengenai kebersihan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.

Majlis turut diserikan dengan ucapan alu-aluan Guru Besar SK Petra Jaya, Norhayati Tokis.

Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Bolkiah Ali; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Nur Ain Athirah Abdullah; serta Ketua Bahagian Kesihatan Persekitaran DBKU, Sherilene Anne Rogie.

Sambutan itu turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang diadakan sempena program berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap kreativiti dan usaha peserta dalam menyampaikan mesej kebersihan.

DBKU berharap program berkenaan dapat memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah, agensi dan masyarakat dalam membudayakan amalan kebersihan serta memastikan kemudahan sanitasi sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk digunakan.

BERITA LAIN

Belia OKU cetus inspirasi

KEJAYAAN seorang belia Orang Kurang Upaya (OKU) membina kerjaya sebagai pencipta kandungan sehingga bergelar usahawan membuktikan kekurangan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Anggota Majlis

DBKU, PDRM SARAWAK perkukuh kerjasama

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam

BERITA TERBARU

DBKU, PDRM SARAWAK perkukuh kerjasama

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam

Berenang di Selat Hormuz

LONDON: Perenang jarak jauh Britain Lewis Pugh berenang merentasi Selat Hormuz ketika serangan terhadap kapal tangki minyak berterusan bagi menarik perhatian terhadap kesan buruk perang