ARTIKEL

DBKU, PDRM SARAWAK perkukuh kerjasama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEWAN Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Saifullizan Ishak bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan pentadbiran Kuching Utara.

Kunjungan yang berlangsung di Bilik Tetamu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, pada Jumaat lalu diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Kawal Selia dan Penguatkuasaan DBKU, Siti Fatimah Jamail.

Pertemuan berkenaan turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan serta menyelaraskan usaha berkaitan penguatkuasaan, pelesenan dan pematuhan peraturan bagi memastikan persekitaran bandar raya yang lebih selamat, teratur dan kondusif.

Selain itu, kerjasama antara DBKU dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak turut memberi penekanan kepada usaha menjaga kesejahteraan masyarakat serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

Delegasi DBKU turut disertai wakil Bahagian Pelesenan, Samsury Sahari; Bahagian Perundangan, James Saga Bayang Andria; serta Bahagian Keselamatan, Nur Yasmin Safian.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, SAC Zulkipli Suhaili; Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Kumarasan Muniandy; serta Timbalan Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Sarawak, Supt. Samima Mustapha.

BERITA LAIN

Khazanah silam KAMPUNG TELLIAN

KAMPUNG Tellian di Mukah bukan sekadar perkampungan tradisional masyarakat Melanau, tetapi juga menyimpan pelbagai khazanah warisan, adat resam dan sejarah yang berpotensi diketengahkan sebagai tarikan

BERITA TERBARU

Khazanah silam KAMPUNG TELLIAN

KAMPUNG Tellian di Mukah bukan sekadar perkampungan tradisional masyarakat Melanau, tetapi juga menyimpan pelbagai khazanah warisan, adat resam dan sejarah yang berpotensi diketengahkan sebagai tarikan

Keadilan belum selesai

SELEPAS bertahun-tahun menuntut keadilan, penderitaan etnik Rohingya akhirnya mendapat pengiktirafan di pentas undang-undang antarabangsa apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap