Dikompaun gagal imbas MySejahtera

BINTULU: Polis Daerah Bintulu mengeluarkan sembilan kompaun terhadap individu kerana gagal mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera atau buku daftar dan imbas suhu dalam Ops Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pematuhan SOP di sekitar bandar Bintulu, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata, kompaun itu dikeluarkan polis ketika melakukan pemantauan dalam Operasi Bersepadu bermula dari jam 9 malam pada Jumaat dan berakhir jam 1.00 pagi Sabtu.

Beliau berkata, kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-langkah di dalam Kawasan Jangkitan).

Selain itu katanya, pihaknya turut mengeluarkan 42 saman ke atas pemilik/ pengguna kenderaan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Menurutnya, seramai 7,287 individu serta 6,185 kenderaan telah diperiksa sepanjang lima jam operasi membabitkan enam pegawai dan 49 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan seperti PDRM, ATM, Sukarelawan PDRM, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Mac 2021

Suara Sarawak