ARTIKEL

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media pada majlis perasmian Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi Tahun 2025 di Kampung Tebat Kering, hari ini. -Foto BERNAMA

Dinamika Politik Semasa Memungkinkan Pelbagai Penjajaran – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA PILAH: Dinamika politik semasa memungkinkan berlaku pelbagai penjajaran politik, termasuk mengambil kira keunikan landskap politik setiap negeri.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkembangan politik mutakhir tidak boleh dilihat dalam satu acuan memandangkan setiap negeri mempunyai keunikan serta dinamik politik masing-masing.

“Kerana kita tahu bahawa setiap negeri mempunyai keunikan politik masing-masing. Jadi tak mustahil dinamika itu juga menjelma bagi pihak Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi 2025 di Surau Kampung Tebat Kering, Kuala Pilah, di sini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita (Bernama) Mohd Shukri Ishak serta barisan pengurusan tertinggi agensi kementerian.

Dalam perkembangan lain, Menteri Komunikasi itu berkata keputusan pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertakluk di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan kuasa mutlak serta hak Yang di-Pertuan Agong.

“Pada pihak kerajaan, PH sendiri telah mengeluarkan kenyataan minggu lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yang bertanggungjawab mewakili kerajaan dalam Lembaga Pengampunan juga telah memberikan kenyataan.

“Keputusan memberikan pengampunan bersyarat itu adalah keputusan Tuanku,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Jumaat memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road