ARTIKEL

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi bercakap pada sidang media BKSS di menara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA).

Diskaun elektrik bulanan diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meneruskan diskaun bil elektrik bulanan menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), memberi manfaat kepada 700,000 pengguna di seluruh Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, diskaun dianggarkan bernilai RM123 juta untuk pengguna domestik dan RM80.7 juta bagi peniaga kecil akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

“Jumlah keseluruhan diskaun yang diteruskan bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini dijangka mencecah RM203.7 juta.

“Ia melibatkan sehingga 25 peratus bagi pengguna domestik, diikuti sehingga 15 peratus bagi peniaga kecil komersil, selain sehingga 10 peratus bagi peniaga kecil industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media BKSS di menara Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, diskaun penggunaan elektrik bagi pengguna domestik pada bulan Julai hingga Oktober 2023 akan dimasukkan dalam bil bulan Disember ini.

“Manakala, diskaun penggunaan elektrik bulan November dan Disember 2023 pula akan dimasukkan masing-masing dalam bil November dan Disember 2023 dan Januari 2024.

“Pasukan petugas khas Sarawak Energy Berhad akan membuat pelarasan dan pengiraan bil sewajarnya agar pelanggan dapat menerima diskaun mereka bermula dari Julai tahun ini,” katanya.

Julaihi bersama-sama yang lain ketika menunjukkan kenyataan mengenai diskaun berkenaan

BERITA LAIN

BERITA TERBARU