Diskaun khas untuk 700,000 pelanggan

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) menyokong sepenuhnya inisiatif Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan mengurangkan beban ekonomi rakyat pada tempoh mencabar ketika berhadapan Covid-19.

SEB dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu melaksanakan insiatif diskaun khas menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (Prihatin) di bawah Kerajaan Persekutuan dan Pakej Bantuan Khas Kerajaan Sarawakku Sayang di bawah Kerajaan Sarawak.

Menurutnya, lebih 700,000 pelanggan yang memenuhi syarat iaitu kategori domestik, komersial dan perindustrian akan menerima diskaun bil elektrik bagi mengurangkan beban kewangan rakyat.

“Pakej diskaun ini akan diberikan dalam tempoh enam bulan bagi penggunaan elektrik dari 1 April hingga 30 September yang dijangka melebihi RM166 juta.

“Bil pelanggan yang layak akan dikira secara automatik (diskaun) sepanjang tempoh yang ditetapkan, bermula dengan penggunaan elektrik pada April,” jelas nya.

SEB menjelaskan lagi, diskaun antara lima hingga 25 peratus akan dikenakan di bawah pakej bantuan yang difokuskan kepada rakyat.

“Kadar potongan sebanyak 25 peratus tertinggi adalah untuk pelanggan domestik (rumah) dan daripada gabungan dua peratus yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan tambahan 23 peratus pula oleh Kerajaan Sarawak.

” Pelanggan yang layak menikmati diskaun itu adalah kategori domestik iaitu bagi kediaman persendirian tanpa aktiviti komersial atau industri di premis tersebut dengan kadar 25 peratus.

Manakala bagi pelanggan komersial (C1, C2 dan C3) melibatkan premis aktiviti perniagaan dengan kadar 15 peratus, diikuti ketegori ketiga iaitu Perindutrian (I1, I2 dan I3) bagi premis dengan aktiviti kilang pemprosesan dengan beban motos sekurangkurangnya 80 peratus, maka untuk I1 dan I2 kadar potogan ialah 10 peratus dan untuk i3 ialah 5 peratus.

Untuk maklumat lanjut mengenai diskaun tersebut, layari laman sesawang Kementerian Utiliti Sarawak https://mou. sarawak.gov.my/ dan laman sesawang Sarawak Energy di www.sarawakenergy.com.

Suara Sarawak