ARTIKEL

Diskaun saman 60 peratus sehingga 31 Mac ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak menawarkan diskaun saman sebanyak 60 peratus mulai hari ini sehingga 31 Mac ini bersempena Peringatan Hari Polis Ke-216.

Pembayaran saman boleh dibuat di semua kaunter trafik daerah dalam Kontinjen Sarawak pada waktu hari bekerja sahaja iaitu bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

Tawaran diskaun saman 60 peratus sempena Peringatan Hari Polis Ke-216.

Pembayaran saman juga boleh dibuat melalui aplikasi MyBayar Saman PDRM. 

Semua saman layak mendapat tawaran diskaun kecuali saman kemalangan, saman bicara mahkamah, saman kategori tidak boleh dikompaun (non compoundable), Saman Kesalahan Memotong Lorong Kecemasan, Saman Kesalahan Tidak Patuh Isyarat Lampu Merah, Saman Berkaitan Kenderaan Berat Motolori, Saman Kesalahan Memotong di Garisan Berkembar, Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan dan Saman Berstatus Op Selamat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU