ARTIKEL

BERGAMBAR… Pegawai Khas Pentadbiran, Datuk Dr Rashidah Bolhassan yang mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama-sama tetamu lain selepas tayangan perdana dokumentari TVS, The Human Odyssey di Auditorium Muzium Budaya Borneo.

Dokumentari TVS The Human Odyssey kukuh pemahaman warisan sejarah Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dokumentari terbitan TVS, The Human Odyssey yang mengangkat kisah asal usul manusia di Asia Tenggara dan Borneo merupakan inisiatif penting bagi memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap warisan sejarah Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dokumentari itu bertepatan dengan usaha berterusan memartabatkan warisan negeri kepada masyarakat tempatan dan antarabangsa.

“Pengiktirafan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2024 membuktikan kepentingan tapak berkenaan sebagai antara rekod sejarah manusia paling penting di dunia.

BERCAKAP… Pegawai Khas Pentadbiran, Datuk Dr Rashidah Bolhassan ketika berucap sebelum sesi tayangan perdana dokumentari TVS, The Human Odyssey di Auditorium Muzium Budaya Borneo. FOTO: MOHD ALIF NONI

“Sekali gus mengesahkan bahawa bumi ini menyimpan antara rekod paling penting mengenai sejarah manusia di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca Pegawai Khas Pentadbiran, Datuk Dr Rashidah Bolhassan semasa tayangan perdana dokumentari TVS, The Human Odyssey di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, hari ini.

Menurutnya, ulang tahun kedua pengiktirafan UNESCO yang disambut pada 27 Julai ini wajar diraikan menerusi pelbagai inisiatif, termasuk penerbitan dokumentari yang membawa kisah Gua Niah kepada khalayak lebih luas.

Abdul Karim menambah, dokumentari mengenai Gua Niah itu tidak memerlukan sebarang penambahan kerana bukti saintifik serta hasil penyelidikan para sarjana sudah cukup menjelaskan nilai luar biasa tapak warisan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, beliau mengimbau insiden kebakaran di Taman Negara Niah beberapa minggu lalu sambil menekankan bahawa kejadian tersebut merupakan peringatan bahawa warisan tetap memerlukan perlindungan serta pemeliharaan berterusan walaupun berusia ribuan tahun.

“Sarawak terus komited terhadap pemuliharaan warisan bukan sahaja Niah, tetapi juga Taman Negara Gunung Mulu dan Sarawak Delta Geopark yang mendapat pengiktirafan UNESCO.

“Sarawak kekal sebagai satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai dua pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO, hasil usaha bertahun-tahun pelbagai pihak,” katanya.

Beliau menambah, warisan yang tidak difahami akhirnya akan hilang. Oleh itu, dokumentari seumpama ini penting bagi mendidik masyarakat, khususnya generasi muda mengenai nilai sejarah dan identiti negeri.

“Besar harapan agar tayangan berkenaan dapat menyemarakkan rasa bangga rakyat terhadap warisan Sarawak yang telah wujud sejak puluhan ribu tahun lalu,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU