ARTIKEL

Dorika James dimahkotakan Ratu Etnik Pesta Limau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Anak kembar dua beradik, Dorika James, 19, menewaskan 14 peserta lain sebelum bergelar Ratu Etnik sempena Pesta Limau 2019, malam tadi.

Dorika berasal dari Rumah Liba Nanga Pua Julau merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong.

Kemenangan berharga itu melayakkan gadis manis ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan piala. Dorika ketika dihubungi berkata, kemenangan tersebut amat bermakna baginya selepas tewas beberapa kali dalam pertandingan seumpama itu sebelum ini.

“Saya tidak pernah menyandang tempat terbaik dalam pertandingan ratu sebelum ini. Malah, sering menduduki tempat tercorot. Kali terakhir menyertai pertandingan itu ketika Pesta Pakan baru-baru ini.

Kemenangan bermakna buat Dorika

“Justeru, kemenangan dalam Pesta Limau adalah detik paling istimewa dan bakal terpahat sebagai memori terindah dalam hidup saya,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru.

Pertandingan ratu etnik kontemporari berunsurkan Sarawak itu merupakan salah satu acara menarik yang berjaya mencuri tumpuan pengunjung dalam Pesta Limau kali ini.

Tempat kedua disandang Nurul Mira Farhana Jahli, manakala Afieka Afierah Suhailee dari Bintangor menduduki tempat ketiga.
Pada masa yang sama, Ivy Kiung Xie Er dan Nebine Vincent masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Program dihadiri Timbalan Residen Sarikei, Abang Porkan Budiman, Pegawai Daerah Meradong, Baijuri Bidin, Penolong Pegawai Daerah Meradong, Thomas Kendawang dan pemimpin masyarakat.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di