ARTIKEL

Dr Lulie (duduk dua kiri) bergambar bersama sebahagian peserta IPC ke-17 di China baru-baru ini.

Dr Lulie Melling dilantik semula ke Lembaga Eksekutif Persatuan Tanah Gambut Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pengarah Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak (TROPI), Datuk Dr Lulie Melling, telah dilantik semula ke Lembaga Eksekutif Persatuan Tanah Gambut Antarabangsa (IPS) pada hari terakhir Kongres Gambut Antarabangsa (IPC) ke-17 di China baru-baru ini.

Dr Lulie pertama kali memegang jawatan ini pada 2018 sebagai wanita pertama dan ahli lembaga pertama dari Asia dan wanita pertama.

Dr Lulie menyampaikan ucaptama pada IPC ke-17 di China, baru-baru ini.

Pemilihan semula beliau merupakan bukti kepimpinan Malaysia yang diiktiraf dalam penyelidikan dan pemuliharaan tanah gambut tropika.

Dalam renungannya tentang pemilihannya, Dr Lulie menekankan kepentingan tanah gambut tropika sebagai sumber berharga untuk Sarawak.

Penyelidikan serta inovasi dalam usaha mengubah kawasan ini daripada tanah terbiar kepada tanah pertanian yang penting memberi kesan positif kepada keselamatan makanan dan ekonomi.

“Kongres Gambut Antarabangsa ke-15 pada 2016 menandakan satu pencapaian penting, iaitu kali pertama kongres tersebut diadakan di Asia, di luar Eropah dan Amerika Utara,” kata Dr Lulie.

Kongres Gambut Antarabangsa ke-17, yang berlangsung di China dari 4 hingga 9 Ogos lepas, merupakan acara penting bagi komuniti penyelidikan tanah gambut global.

Kongres ini dihadiri oleh kira-kira 350 delegasi dari 22 negara dan dianjurkan oleh konsortium berprestij, termasuk Universiti Normal Timur Laut, Akademi Perhutanan China, Persatuan Industri Asid Humik China, Universiti Taizhou dan Institut Penyelidikan Gambut Taizhou Co. Ltd, dengan kerjasama IPS.

Bertemakan ‘Tanah Gambut dalam Dunia yang Berubah’, kongres pada tahun ini menyediakan platform dinamik buat saintis, usahawa, dan penggubal dasar untuk bertukar-tukar penyelidikan terkini.

Ia turut mencadangkan penyelesaian inovatif, mempamerkan produk gambut berkualiti tinggi dan menjalin hubungan penting antara pemuliharaan dengan penggunaan tanah gambut.

Sebagai ketua delegasi Malaysia, Dr Lulie, selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Saintifik untuk IPC 2024, turut menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Tanah Gambut Tropika: Mengharmonikan Potensi Ekonomi dan Kepentingan Ekologi’.

Dr Nur Azima membentangkan hasil penyelidikannya pada IPC Ke-17 di China.

Sementara itu, Dr Nur Azima Busman dari TROPI membentangkan hasil penyelidikannya tentang ‘Kesan Kualiti Sampah dan Alam Sekitar terhadap Kadar Penguraian Sampah di Hutan Paya Gambut Tropika’.

Kongres Gambut Antarabangsa ke-18 dijadual diadakan di Latvia pada tahun 2028.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian