ARTIKEL

Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan hadiah Johan Keseluruhan pertandingan memancing mysed Sematan kepada Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.

DSKY Anglers Team juara MYSED Joran Sematan 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sematan kembali menjadi tumpuan utama para peminat aktiviti rekreasi laut apabila Pertandingan Memancing MYSED Joran Sematan 2025 berlangsung meriah pada 25 hingga 27 Julai lalu.

Pemancing dari seluruh Kuching, Lundu dan Sematan menyertai pertandingan ini

Acara yang diadakan sempena Pesta Sematan itu bukan sahaja menyemarakkan suasana komuniti tempatan, malah menyatukan pemancing dari seluruh kawasan selatan Sarawak dalam semangat persahabatan dan persaingan sihat.

Sebanyak 70 orang pemancing dari Kuching, Lundu, dan Sematan telah menyertai pertandingan kali ini, sekali gus menandakan peningkatan penyertaan berbanding edisi sebelumnya.

DAmir bersama hasil tangkapan.
RIZAL berjaya mendaratkan ikan kerapu bara semasa pertandingan memancing di Sematan.

Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada program anjuran Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan (MYSED).
Program ini bertujuan menggalakkan pelibatan belia dalam aktiviti luar serta mengetengahkan potensi pelancongan kawasan luar bandar seperti Sematan.

DSKY Anglers Team Ungguli Pertandingan

Acara kemuncak pertandingan menyaksikan DSKY Anglers Team meraih kemenangan berganda apabila wakil mereka, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.

Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan apabila mempertandingkan hasil tangkapannya seekor ikan kerapu seberat 12.8 kilogram.

Kejayaan itu dicapai menerusi tangkapan seekor ikan kerapu seberat 12.8 kilogram, yang bukan sahaja melayakkan beliau memenangi hadiah utama wang tunai RM3,000, malah menobatkan beliau sebagai pemenang kategori ikan terberat bagi spesies kerapu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Hajah Seri Nancy Shukri, yang turut memuji komitmen para peserta serta pelibatan aktif masyarakat setempat dalam memeriahkan penganjuran Pesta Sematan 2025.

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menyampaikan hadiah Johan Keseluruhan pertandingan memancing mysed Sematan kepada Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf.

Kejayaan DSKY Anglers Team dalam menjuarai MYSED Joran Sematan 2025 bukan sekadar kemenangan individu, tetapi satu simbol kepada potensi luar bandar Sarawak yang kian menyerlah.

SI Zainal Abidin dari DSKY ANGLERS TEAM mengambil kesempatan bergambar dengan Azizul Annuar Adenan.
SI Zainal Abidin dari DSKY ANGLERS TEAM mengambil kesempatan bergambar dengan Azizul Annuar Adenan.

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan, beliau menzahirkan penghargaan atas usaha semua pihak dalam memastikan penganjuran kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya.

Beliau turut menekankan kepentingan acara seperti ini dalam membina rangkaian komuniti serta memperkukuh identiti budaya dan ekonomi tempatan.

Pesta Sematan: gabungan rekreasi, budaya dan pembangunan

ABANG KAMARUL ABANG ISMAIL bergambar dengan hasil tangkapan peserta pertandingan.
Pihak juri menimbang ikan yang dihantar peserta untuk dipertandingkan.

Selain pertandingan memancing, Pesta Sematan turut menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti pameran oleh agensi kerajaan dan badan berkanun.

Antara yang turut serta ialah Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Pengurusan Penyu, Jabatan Hutan Sarawak, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) melalui program Jualan Rahmah, serta Yayasan Sarawak.

Pameran ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat luar bandar mengenai perkhidmatan dan peluang yang ditawarkan oleh agensi-agensi ini, selari dengan usaha kerajaan negeri untuk merapatkan jurang maklumat dan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Sematan bukan sahaja sebuah pekan kecil di tepi laut, ia kini merupakan pusat interaksi komuniti, alam semula jadi, dan pembangunan sosioekonomi yang patut dibanggakan.

Pesta Sematan turut membuka ruang kepada peniaga tempatan menjual produk mereka kepada pengunjung.
Pelbagi aktiviti disediakan oleh pihak penganjur, antaranya seperti pertandingan memasak.

Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, komuniti, dan pemimpin setempat, masa depan Sematan kelak lebih cerah, bukan sahaja sebagai lokasi pelancongan, tetapi juga sebagai nadi pembangunan masyarakat luar bandar yang cemerlang.

Pesta Sematan turut membuka ruang kepada peniaga tempatan menjual produk mereka kepada pengunjung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU