LAWAS: Dua ekor buaya gergasi berjaya ditangkap di daerah Temburong, Brunei, baru-baru ini.
Menurut Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Temburong, penangkapan itu berikutan penerimaan aduan daripada penduduk sekitar di kawasan tersebut.
Reptilia berkenaan telah dilihat muncul ke permukaan air dan menghampiri kediaman penduduk di kawasan tepi sungai.
Buaya tersebut difahamkan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perhilitan Brunei untuk tindakan lanjut.
Hujan dan paras air yang naik telah menyebabkan reptila itu naik ke permukaan air.
Untuk makluman, Daerah Temburong merupakan daerah jiran yang terletak di antara daerah Limbang dengan Lawas di Sarawak.
Perjalanan darat antara kedua-dua daerah Limbang dengan Lawas perlu melalui daerah Temburong di Brunei.
TAMAT
SEO keywords: buaya gergasi, Temburong Brunei, Lawas


