ARTIKEL

Joshua Ting (kanan) dan Maurice menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka di Balai Polis Sentral Sibu semalam.

Dua lagi laporan polis dibuat terhadap penulis artikel perlekeh Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua Setiausaha Politik Premier Sarawak di sini menggesa pihak berkuasa menyiasat satu artikel yang memperlekehkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Joshua Ting Fu Ying dan Maurice Joannes Giri sama-sama membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu semalam terhadap penulis artikel tersebut, Nehru Sathiamoorthy.

Mereka meminta polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan semua artikel berkaitan yang diterbitkan oleh penulis tersebut terhadap Premier Sarawak dipadamkan daripada tatapan awam.

“Tuduhan sedemikian boleh menimbulkan ancaman dan ketegangan antara kaum dan mencetuskan ketidakstabilan politik di Sarawak,” mereka mendakwa dalam satu kenyataan bersama.

Mereka berkata, tindakan sedemikian juga boleh menimbulkan ketegangan dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Kedua-duanya berkata laporan polis itu penting untuk mempertahankan integriti dan maruah Abang Johari dan Sarawak daripada pandangan negatif dan imej palsu oleh individu tidak bertanggungjawab.

Mereka berkata penulis itu perlu disaman dan disiasat, dan keterangannya diambil oleh pihak berkuasa kerana menyalahgunakan saluran multimedia dan telekomunikasi di bawah Seksyen 233 Akta SKMM, selain melakukan ugutan jenayah di bawah Seksyen 504 Akta Kanun Keseksaan.

Mereka juga berkata, laporan itu perlu untuk menghalang individu tidak bertanggungjawab dan berniat jahat daripada mengganggu ketenteraman dan keharmonian Sarawak dengan membuat tuduhan fitnah tidak berasas.

Dalam laporan mereka, Ting dan Maurice menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap tuduhan dan fitnah yang dibuat oleh penulis artikel bertajuk ‘Bila tuah Abang Jo akan habis’.

“Cabaran kepada awak, Abang Jo, jika awak sehebat yang awak sangkakan” dan “RM2K yuran guaman sahaja yang saya mampu jika Abang Jo mahu menyaman saya, lebih daripada itu, dia boleh sahaja melemparkan saya ke dalam penjara.”

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya enam laporan polis yang sama telah difailkan terhadap Nehru setakat ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU