ARTIKEL

Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta di Jalan Puncak Borneo, berhampiran Pulapol Kuching, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 6.32 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi.

“Mangsa yang cedera masing-masing ialah pemandu Proton Bezza berusia 24 tahun yang tersepit dan telah dikeluarkan oleh bomba, manakala mangsa berusia 26 tahun di dalam Honda Jazz mengalami luka di kaki,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, mangsa yang berada di dalam sebuah lagi kenderaan iaitu Proton Ertiga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal oleh paramedik dan seterusnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

Anggota bomba membantu mangsa yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Jalan Puncak Borneo, pagi tadi.

BERITA LAIN

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan