KUCHING: Dua lelaki tempatan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes khianat dengan api di sebuah kedai serbaneka di Jalan Green, Ahad lalu (20 September).
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Syazwani Sajeli membenarkan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 23 dan 40 tahun itu selepas permohonan daripada pihak polis yang diwakili Pegawai Penyiasat Inspektor Tan Chiang Fook di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Tahanan reman selama tiga hari itu bermula 23 hingga 26 September ini.
Siasatan kes mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda bagi kesalahan melakukan khianat dengan menggunakan api atau bahan letupan, jika disabit bersalah.
Difahamkan, suspek pertama berusia 40 tahun berjaya ditangkap di kediamannya di Sibu sekitar 2.40 petang, semalam (22 September)
Manakala, suspek kedua berusia 23 tahun berjaya ditangkap di belakang sebuah warung di Sarikei, sekitar 9.30 malam, semalam (22 September).
Difahamkan juga, kedua-dua suspek dikatakan pergi ke sebuah kedai serbaneka di Jalan Green, sekitar 8.30 malam.
Kedua-dua suspek dikatakan menggunakan topeng mengeluarkan kata-kata’ ‘bom bom, keluar ada api’.
Kemudian, tiga orang pekerja kedai bergegas lari keluar.
Selain melihat kedai terbakar.
Kedua-dua suspek diwakili Peguam Daniel Ling.



