ARTIKEL

Pelbagai jenis dadah bernilai RM639,250 yang dirampas dari kedua-dua suspek di Miri.

Dua lelaki ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM639,250

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan dua lelaki bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM639,250 dalam tangkapan berasingan di sekitar Miri.

Tangkapan dan rampasan tersebut dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak pada Khamis lalu.

Datuk Mancha Ata

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata suspek pertama berusia 26 tahun ditahan kira-kira jam 10 malam di hadapan sebuah pusat hiburan di Miri, dan dadah syabu seberat 31.73 gram dirampas daripada suspek.

Katanya lagi, suspek kedua, 33, ditahan di sebuah kondominium dengan dipandu arah oleh suspek pertama, dan merampas 16,197 gram syabu, 198 gram ketamin dan 3,750 biji pil erimin 5.

“Modus operandi sindiket ini, mendapat bekalan dadah dari Semenanjung Malaysia dan mengedar di sekitar Miri.

“Suspek menerima upah antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan,” kata Mancha dalam satu kenyataan hari ini sambil menambah, polis akan meneruskan siasatan untuk mengesan saki baki sindiket yang terlibat.

Selain itu, beliau berkata, polis turut merampas satu salinan penyata akaun, lima kotak mengandungi bungkusan Firmapress berisi serbuk seberat 80 kilogram disyaki ramuan memproses jus, seunit pembungkusan vakum, seunit penimbang digital, dua paket plastik yang mengandungi sejumlah plastik kosong, dua batang senduk plastik warna merah, sebatang senduk besi dan seunit penapis besi.

Baca lain  Bank Rakyat sedia kemudahan untuk usahawan IKS, Koop

Tambahnya, sebuah kereta jenis Proton Wira bernilai RM10,000 dan seutas jam tangan bernilai RM5,000 turut disita.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek pertama mempunyai empat rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala suspek kedua mempunyai enam rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan enam rekod lampau di bawah Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 17 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari bermula 12 April lalu hingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan bagi tertuduh yang disabitkan kesalahan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU