ARTIKEL

Dua lelaki ganggu tugas penguat kuasa JHS dibebaskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI : Dua lelaki yang ditahan kerana disyaki mengganggu tugas rasmi pegawai penguat kuasa Jabatan Hutan Sarawak (JHS) telah dibebaskan sementara dengan Bon Jaminan Jabatan Hutan selepas direman selama empat hari.

Menurut kenyataanJHS, kedua-dua suspek, Christopher Jau dan Semali Sait, masing-masing warganegara tempatan dilepaskan susulan perintah Mahkamah Majistret Miri hari ini.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 103(1), Ordinan Hutan 2015 (Bab 71), yang memperuntukkan kesalahan menyerang, menghalang, mengganggu atau campur tangan terhadap pegawai hutan, polis atau penjawat awam semasa menjalankan tugas rasmi,” kata kenyataan itu hari ini.

Difahamkan siasatan ini turut melibatkan Seksyen 26 ordinan sama berhubung kesalahan menceroboh kawasan Hutan Simpan atau Terlindung.

Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar Negeri untuk pertimbangan tindakan selanjutnya.

Selain itu, JHS dalam kenyataan yang sama turut menegaskan bahawa sebarang bentuk halangan terhadap pegawai semasa bertugas dan pencerobohan ke kawasan hutan terlindung adalah kesalahan serius di bawah undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan Ordinan Hutan 2015,” jelas kenyataan itu lagi.

Terdahulu, dua lelaki telah direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Miri bagi membantu siasatan berhubung insiden kekerasan terhadap pegawai penguat kuasa Jabatan Hutan Sarawak di kawasan, Telang Usan Sabtu lalu.

Menurut kenyataan Unit Perundangan dan Khidmat Nasihat Jabatan Hutan Sarawak, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 103 Ordinan Hutan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Selain itu, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana diayaki melakukan ugutan jenayah terhadap anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian itu, suspek bersama beberapa individu lain didakwa bertindak agresif dengan mengasari serta mencederakan anggota Jabatan Hutan Sarawak semasa mereka menjalankan tugas penguatkuasaan di lokasi berkenaan.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU