Trending

Dua lelaki Indonesia didenda RM10,000 kendali mesin judi 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto: BERNAMA

KUCHING: Dua lelaki warga Indonesia masing-masing dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam mengendalikan mesin judi.

Roy, 20, dari Pemankat dan Suryanto, 27, dari Singkawang masing-masing mengaku bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengendalikan mesin judi masing-masing menggunakan seunit komputer riba di sebuah kondominium di Batu Kawa, kira-kira jam 3.50 petang, 8 November lalu.

Oleh itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurut fakta kes, satu serbuan sempena Ops Dadu telah dibuat oleh sepasukan polis dari Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak dalam sebuah rumah kondominium di Jalan Batu Kawa sekitar jam 3.50 petang, 8 November lalu.

Hasil serbuan berjaya menangkap kedua-dua tertuduh bersama peralatan yang digunakannya seperti dua set komputer riba yang dipercayai digunakan untuk aktiviti judi atas talian.

Barang kes kemudian dihantar untuk dianalisis dan pakar judi mengesahkan barang kes tersebut digunakan sebagai mesin judi atas talian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru