ARTIKEL

TERSEPIT…Dua lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori muatan batu 10 tan ketika sedang membaiki brek lori di kawasan jalan kuari di Bukit Mambong, Jalan Mambong, Siburan, hari ini.

Dua lelaki maut tersepit bawah lori di Siburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Dua lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah lori muatan batu 10 tan ketika sedang membaiki brek lori di kawasan jalan kuari di Bukit Mambong, Jalan Mambong, hari ini.

Komander Operasi Kanan, PPgB Mohamad Imran Mohamad Sabri berkata, panggilan kecemasan diterima pada 2.02 petang dan jentera bomba tiba di lokasi pada 2.28 petang, sejauh 9 kilometer dari balai.

“Mangsa dikenali sebagai Laga Tegong, 46, dan Sady Joe Anak Liam, 26, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad Imran menambah, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan dua jengkaut milik syarikat kuari.

Mangsa pertama dikeluarkan pada 4.55 petang, manakala mangsa kedua pada 5.04 petang.

“PDRM dan Kementerian Kesihatan Malaysia turut berada di lokasi bagi tindakan susulan.

“Selepas mangsa diserahkan kepada pihak polis, operasi tamat dan anggota bomba beransur pulang ke balai pada 5.01 petang,” katanya.

BERITA LAIN

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di