ARTIKEL

PDRM

Dua lelaki positif dadah ditahan disyaki curi motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEPALA BATAS: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kes kecurian motosikal di Flat Mekarsari, di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abd Rahman berkata seorang lelaki tempatan telah membuat laporan pada 11.30 pagi memaklumkan motosikal jenis Honda EX5 milik adiknya yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan itu di flat berkenaan telah dicuri.

“Berdasarkan siasatan, motosikal tersebut didapati ditinggalkan dalam keadaan berkunci pada suis utama, namun tiada sebarang kunci tambahan digunakan, manakala cukai jalan dan insurans juga didapati telah tamat tempoh.

“Terdapat kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit dan berdasarkan rakaman yang diperoleh, kejadian dilakukan oleh lelaki warganegara tempatan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata hasil maklumat dan risikan polis telah berjaya menahan dua lelaki berumur 25 dan 29 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu.
Menurut Anuar, semakan mendapati seorang suspek mempunyai satu rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah, manakala seorang lagi tiada rekod lampau sementara saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Butterworth pagi ini untuk siasatan lanjut.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road