ARTIKEL

OP MABUK... Anggota polis menjalankan pemeriksaan dan saringan alkohol terhadap pemandu dalam Op Mabuk di Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya (Expressway), awal pagi semalam.

Dua pemandu positif alkohol dalam Op Mabuk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Dua lelaki tempatan dikenakan tindakan undang-undang selepas disahkan positif memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Kota Samarahan/Tabuan Jaya (Expressway), awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, operasi berkenaan dijalankan dari jam 11 malam Khamis hingga 2.30 pagi semalam.

Katanya, daripada tiga individu yang menjalani saringan alkohol, dua lelaki tempatan didapati positif memandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau berkata, sebanyak 125 kenderaan dan 130 individu diperiksa sepanjang operasi yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan itu.

Selain itu, sebanyak 28 saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurutnya, Op Mabuk dilaksanakan bagi membanteras pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan meningkatkan keselamatan semua pengguna jalan raya.

“PDRM mengingatkan pemandu supaya tidak memandu selepas mengambil minuman beralkohol kerana tindakan berkenaan boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,