ARTIKEL

Pusat hiburan di Padungan yang diserbu oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching.

Dua pusat hiburan diserbu 6 individu ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua pusat hiburan masing-masing di Padungan dan Jalan Song diserbu dalam operasi yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching baru-baru ini. Operasi tersebut membawa kepada penahanan seramai enam individu.

Menurut IPD Kuching, lima individu yang ditahan adalah pengunjung pusat hiburan di Padungan kerana didapati positif dadah.

Seorang lagi ditahan di pusat hiburan di Jalan Song, termasuk rampasan sembilan unit barang di bawah Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan 2000 kerana beroperasi tanpa lesen.

“Pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara melalui tindakan penguatkuasaan yang berterusan” katanya dalam kenyataan.

Selain itu Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang dijalankan pada 8 hingga 9 November itu turut mengeluarkan sebanyak 124 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Sebanyak enam buah motosikal disita di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik dan dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan selanjutnya” katanya.

Operasi bermula jam 10 malam hingga 5 pagi itu dijalankan di kawasan pentadbiran Balai Polis Gita, Tabuan Jaya dan Sekama melibatkan kekuatan seramai tiga orang pegawai kanan polis dan 38 orang anggota dari pelbagai bahagian dan balai di bawah IPD Kuching.

Operasi itu merangkumi sekatan jalan raya dan pemeriksaan di pusat-pusat hiburan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah rondaan pencegahan jenayah pencegahan aktiviti samseng jalanan dan pemantauan kawasan ‘hot spot’ jenayah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU