ARTIKEL

Dua Remaja Hilang Ditemukan Selamat Di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang semalam, ditemukan di bawah kedai gunting rambut di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, kedua-dua remaja tersebut berjaya dijumpai oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah lebih kurang 1.40 tengah hari berdasarkan maklumat orang awam.

“Kedua-dua mereka ditemukan sedang berjalan kaki di lokasi berkenaan dengan seorang lagi rakan perempuan.

“Mereka dibawa ke Hospital Mukah untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Rizal menzahirkan penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam mengesan kedua-dua remaja tersebut sehingga ditemui.

Terdahulu, dua remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang dan dipercayai meninggalkan rumah kerana tidak mahu mendaftar masuk ke asrama serta mengikut rakan yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU