ARTIKEL

Dua rumah terbakar di Telaga Air, 18 penghuni hilang tempat tinggal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua buah rumah jenis struktur kekal setingkat hancur secara keseluruhan akibat kejadian kebakaran yang berlaku di Jalan Matang, Kampung Telaga Air, pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 11.44 malam sebelum mengerahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petrajaya segera ke lokasi.

Komander operasinya, PKPgB Azaharul Sahari berkata, kebakaran mengakibatkan dua orang lelaki dipercayai penghuni kediaman terbabit masing-masing mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan.

Menurutnya, maklumat awal mengesahkan kedua-dua perumahan itu didiami oleh 18 orang penghuni.

“Kebakaran telah menyebabkan kedua-dua kediaman terbabit terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar, dua buah kereta serta lapan buah motosikal yang berada agak dekat di kawasan kejadian,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua 18 mangsa didapati selamat dan dua daripadanya mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan.

Ujarnya, operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.41 pagi.

Terdahulu, seramai 12 anggota BBP Petrajaya yang bertugas di lokasi serta dibantu oleh beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia dan kakitangan Sarawak Energy.

HANCUR…Kedua-dua kediaman terbabit hancur 100 peratus

BERITA LAIN

BERITA TERBARU