ARTIKEL

Ketua Pengarah Bomba, Datuk Nor Hisham Mohammad, menampal logo STORM pada pegawai bomba sempena Majlis Pentauliahan STORM 21 pegawai bomba lain-lain pangkat di JBPM Sarawak. - Foto: Ramidi Subari

Dua unit elit MUST dan STORM digabungkan untuk tingkatkan keupayaan operasi bomba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan penstrukturan semula jabatan itu untuk meningkatkan keupayaan operasi.

Bagi mencapai matlamat tersebut, dua unit elitnya, iaitu Special Tactical Operation and Rescue of Malaysia (STORM) dan Multi-Skill Team (MUST), akan digabungkan.

Jabatan itu menyasarkan penggabungan seramai 620 pegawai unit MUST dengan unit STORM yang mempunyai 481 pegawai untuk menjadikan jumlah keanggotaan seramai 1,101 pegawai bagi seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad, berkata penggabungan ini merupakan satu lonjakan yang besar buat JBPM.

Tujuannya untuk mempertingkatkan keupayaan jabatan itu dalam menangani insiden bencana besar yang memerlukan kepakaran dan ketahanan fizikal serta mental yang tinggi.

Ketua Pengarah Bomba, Datuk Nor Hisham Mohammad (tengah), merakam gambar bersama pegawai unit STORM pada Majlis Pentauliahan STORM 21 pegawai bomba lain-lain pangkat di JBPM Sarawak. – Foto: Ramidi Subari

“Selepas kita mengkaji keupayaan kedua-dua pasukan ini dan kita melihat komposisi ahlinya dan juga kepakaranya, jabatan telah mengambil keputusan yang besar bahawa kedua-dua pasukan ini kita akan gabungkan dan satukan.

“Jadi kedua-dua kepakaran khusus yang ada pada MUST dan kepakaran khusus yang ada pada STORM kita gabungkan dan kedua-dua ini akan menjadi satu nama, iaitu STORM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pertauliahan STORM 21 pegawai bomba lain-lain pangkat di JBPM Sarawak di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, jabatannya akan menyusun semula kepakaran pegawai unit MUST dengan pendedahan kepada kepakaran khusus membabitkan bencana bandar.

Sementara itu, unit STORM sedia ada pula, katanya, akan didedahkan kepada kepakaran untuk beroperasi dengan unit udara dan pesawat bomba selain turut fokus kepada operasi pencarian di hutan.

“Untuk lompang yang ditinggalkan oleh MUST di unit udara, jabatan telah menubuhkan pasukan khas unit udara ataupun PASKUP yang merupakan salah satu daripada syarat utama dan norma operasi yang akan kita gabungkan dan bekerja dengan pesawat.

“Kita sudah ada pasukan ini di Subang, Miri dan Bertam, dan tidak terlibat dalam operasi harian yang melibatkan pegawai-pegawai balai,” ujarnya.

Katanya lagi, unit STORM ini akan ditempatkan di balai bomba dan penyelamat.

Modus operandi unit ini ialah tugasan bagi operasi yang bersifat taktikal tinggi dan berkemahiran tinggi.

Beliau berkata, pentauliahan pegawai MUST ke unit STORM akan diadakan secara bersiri, bermula di Sarawak, hingga akhir November ini.

Pentauliahan pegawai unit MUST ke STORM hari ini menyaksikan unit STORM mempunyai 60 orang pegawai secara keseluruhan yang merangkumi 23 pasukan MUST dan 36 daripada unit STORM.

BERITA LAIN

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan

BERITA TERBARU