ARTIKEL

Dua unit jentera berat untuk DUBS Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kerajaan Sarawak menyumbangkan dua unit jentera berat bernilai kira-kira RM1 juta kepada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, sumbangan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk membantu mereka menjalankan projek.

“Sumbangan daripada Kerajaan Sarawak ini bertujuan bagi memudahkan DUBS menjalankan projek-projek tertentu. 

“Kami berharap dengan bantuan yang diberikan, ahli-ahli DUBS Miri dapat menjalankan projek untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat semasa majlis penyerahan sumbangan jentera berat, di Tanjong Lobang di sini semalam.

Awang Tengah yang juga merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, pelbagai inisiatif dijalankan dan dirancang bagi memastikan kelangsungan ekosistem usahawan di Sarawak

. Antaranya Skim Pinjaman Usahawan Kecil dan Sederhana (SPIKS) yang menawarkan skim pinjaman sehingga RM250,000 kepada usahawan bumiputera bagi membantu mereka membeli peralatan untuk perniagaan mereka.

“Kami juga melaksanakan program Go Digital yang menyediakan geran dalam bentuk peralatan bernilai sehingga RM10,000 untuk usahawan yang ingin membeli komputer riba atau kamera bagi mempromosikan produk mereka,” katany

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU