Trending

Duduk diam-diam di dalam rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOTA SAMARAHAN: Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang memberikan sokongan penuh kepada operasi nyahkuman yang dijalankan di beberapa lokasi di sini, semalam.

Menurutnya, antara kawasan terlibat ialah di Kampung Tanjung Bundong dan Kampung Sindang yang merekodkan beberapa kes sebelum ini.

“Bagaimanapun, keadaan di kampung berkenaan masih terkawal dan operasi nyahkuman turut dijalankan di kawasan-kawasan Pusat Khidmat Adun Muara Tuang di Desa Ilmu.

“Kita berharap tiada penduduk melakukan pergerakan keluar rumah untuk melakukan perkara tidak perlu. Anda akan sentiasa selamat tinggal di rumah,” katanya memberikan peringatan kepada masyarakat di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat khidmat Adun Muara Tuang, Marqas Operasi First Response Team (FReT) di Desa Ilmu, di sini semalam.

Tambahnya, arahan PKP masih kekal dan beliau berharap penduduk khususnya dalam kawasan Muara Tuang bersabar, terus mengikuti arahan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Operasi nyahkuman sudah dilakukan di beberapa lokasi oleh ini sukar dikesan kerana pemantauan oleh pihak berkuasa tidak sampai ke kawasan terbabit.

“Kita harap ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka,” tegasnya. pihak bomba, KKM bersama-sama dengan APM dan apa yang dijalankan hari ini (2 Mei) adalah salah satu daripada operasinya,” ujar beliau.

Menjelas lanjut operasi nyahkuman di kampung lain dalam kawasan ini Idris berkata, mereka perlu melihat keadaan semasa.

“Kini kita hanya menjalankan operasi nyahkuman secara rawak tetapi mengikut maklumat yang spesifik dan panduan tertentu,” tegasnya.

Beliau mendedahkan keadaan PKP dalam kawasan ini memuaskan walaupun di sebahagian kampung masih terdapat kanak-kanak yang berkumpul dan melepak. “

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru