ARTIKEL

BERCAKAP… Asfia bercakap semasa sidang media sempena persidangan DUN Sarawak Ke-19, di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini

DUN Sarawak: Tempat duduk ADUN PSB tidak berubah, Soon Koh bukan lagi ketua pembangkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tiada perubahan kedudukan tempat duduk bagi ADUN Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan walaupun secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata ia susulan tiada pemakluman daripada kerajaan GPS untuk mengatur atau mengubah kedudukan kerusi PSB.

Bagaimanapun, katanya, Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh bukan lagi ketua pembangkang kerana tidak memainkan peranan sebagai pembangkang dan ia dibuktikan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak. 

“PSB dan penyokongnya telah beralih pendirian semasa PRK tersebut, mereka secara terbuka memberikan sokongan kepada calon GPS termasuk semasa berkempen.

“Perkara tersebut juga menunjukkan mereka tidak lagi memainkan peranan sebagai pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua DUN Sarawak Ke-19, di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

PSB merupakan parti pembangkang tempatan yang kini dalam proses bergabung dengan Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu salah sebuah parti komponen GPS. Bagaimanapun, keputusan penggabungan tersebut dijangka dimuktamadkan pada Disember ini. 

Dalam persidangan DUN sebelum ini, tempat duduk ADUN daripada PSB diletakkan bersama-sama Parti Tindakan Demokratik (DAP), termasuk ADUN bebas See Chee How.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU